Saturday, January 31, 2009

Hidup mesti Diteruskan, Akhirat misi Perjuangan

Bila anak murid kita pergi meninggalkan kita memang terasa sedihnya. Tak kiralah kerana tamat tingkatan 5 atau bertukar sekolah lain, mengikut ibu bapa atau dapat tawaran ke sekolah yang lebih baik. (menarik fasilitinya, gurunya dan persekitarannya, agaknya)

Saya akan tabahkan hati walau pun sedih, setiap kali mereka pergi. Hidup mesti diteruskan. Bila dah sibuk , saya lupa sedikit demi sedikit, tapi bila sesekali mereka datang berjumpa, saya tetap seronok dan gembira. Mungkin nama mereka saya lupa, tapi wajah2 bersih mereka akan tetap bersemadi di fikiran.

Hari ni saya dapat maklumat tentang beberapa anak murid yang akan ke MRSM. Dulu saya pun bekas pelajar MRSM. Mereka akan jadi sebahagian dari keluarga saya( satu hari nanti mungkin mereka join ANSARA). Bila mereka dah keluar, mereka macam saya, bekas pelajar MRSM.
Saya harap sangat mereka akan menjadi pelajar yang terbaik di mana pun mereka berada. Ada yang akan ke Pengkalan Chepa, Alor Gajah, Balik Pulau, etc. Bertebaranlah mereka membawa semangat Al Amin bersama.
Biarlah mereka terkenal sebagai bekas pelajar Al Amin. Kalau orang di MRSM tengok mereka nanti, biarlah mereka tertanya-tanya budak2 mana yang bagus2 ni? Rupanya datang dari Al Amin..

Cikgu doakan antum semua yang akan pergi akan memberi nama baik kepada ibu bapa, Islam, dan juga Al Amin. Di mana pun antum berada, jagalah akhlak. Buatlah yang terbaik dalam apa jua aktiviti. Jadilah pelajar yang dicontohi dan diikuti oleh yang lain, bukan kita terikut-ikut yang tidak baik.
Doa cikgu sentiasa bersama semua murid cikgu di mana jua...

Dari mana hendak ke mana
Tinggi rumput dari padi
Tahun mana bulan mana
Hendak kita berjumpa lagi

Tell me where you go from here
The grass grows taller than the padi grain
Tell me the month, tell me the year
When you and I shall meet again

3 comments:

  1. bagi ana, al-amin masih yang terbaik... bila kita fikir secara menyeluruh, alhamdulillah al-amin berusaha untuk meliputi semua aspek yang ada, akademik, syakhsiah, biah, ... cume yg jadi prmaslhnnye prlaksanaan tu d lakukn ATAUPUN TIDAK DILAKUKAN samada dari sudut murid ataupun sesiapa sekalipun... kita yang kena gerakkan.. bukan bangunan skolah ni yg kena gerakkan...
    maka... apa yg ana nak merepek kat cnie, AL-AMIN ADALAH YANG TERBAIK...
    dan buat murid2 yang meninggalkan sekolah dn guru2 d sini, ana harap antum bleh bawak diri n tunjukkan produk al-amin yg terbaik... ingatlah antum adalah PRODUK KELUARAN AL-AMIN...


    "telah kau tanam tiang2 islam di hatimu melalui didik ajar guru di sini, gilaplah tiang mu agar terus bercahaya, jadikan tiang serinya adalah imanmu yang utuh dan jitu, hanya kau yang bisa membinanya setinggi langit, atau menghancurkannya hingga serendah dan sehina tapak di kaki"
    ~Mahakarya MR J~

    ReplyDelete
  2. syahdunye bila bace entry ni...memang sedih berpisah ngan student kan? guru yang ikhlas sentiasa mengharapkan pelajr-pelajarnya akan jadi lebih baik daripada dirinya..

    ReplyDelete