Monday, July 1, 2013

Teruskan je Menulis Walau pun Dah Berhabuk!

Secara perlahan-lahan saya berpindah tempat. Memang agak canggung pada mulanya nak berhijrah dari tempat huha yang biasa dan masuk ke tempat yang hampir sepanjang masa tiada huha...'huha' tu ialah berbuat sesuka hati di luar bilik darjah-being a proper teacher, that is. Pejabat baru pentadbiran terletak di atas pejabat lama. Pejabat lama dah diubahsuai menjadi pejabat kewangan sekolah yang berpusat, mengendalikan semua sekolah rendah dan menengah Al Amin. Jadi dalam pejabat yang baru ini, adalah sebuah meja untuk saya.
Itu bukan meja saya... Tapi itulah pejabat yg baru.Suasananya.
Ini baru meja saya, setelah di'customised' dengan meletakkan barang2 saya sendiri. meja lama masih ada di dalam bilik guru perempuan, masih lagi dengan barang2 saya yang lain.
So yang di kiri tu adalah tingkap saya, juga di ubahsuai grill petak macam penjara itu dengan meletakkan fridge magnet yang kebetulan saya dapat dari perjalanan saya ke beberapa tempat (sikit je) dan juga kebanyakannya diberikan oleh adik saya kerana fridge beliau yang baru dan canggih rupanya tidak dibuat dari besi macam dulu2. Jadinya dah tak melekat magnet2 cantik tu. Di sebelah kanan tu tingkap yang sama, yang hari ni telah dipasang dengan 'blind' baru yang cantik. Maka tertutuplah galeri magnet saya... Hmm, nampaknya kena cari magnetic board di IKEA....